Saturday, September 12, 2009

malam lailatul qadri.

tajuk yang sering dibincangkan ketika ramadhan bakal melabuhkan tirainya.
antara :
yakin atau tidak
malas atau rajin
pulun atau loi
tidur atau jaga
maksiat atau ibadat
kita buat kita dapat
kita tak buat tak dapat pa........

Thursday, September 3, 2009

butang baju raya

panas baru sampai dari labuan, belum ada kat pasaran aloq staq,
sesuai untuk semua warna baju

mata kucing@harimau RM 25.00
cristal rm 35.00

Kadar zakat Fitrah

adalah dimaklumkan kepada semua warga kedah kadar fitrah adalah sama macam lepas-lepas 1 gantang bersamaan 3.063 kg atau pun dengan harga RM 7.00
untuk bayaran malaui sms:
taip fitrah
HANTAR SMS KE 21999
keterangan lanjut di web ni :http://www.zakatkedah.com/

Tuesday, September 1, 2009

akad dalam muamalat islam

ramai yang bertanya tentang hukum akad bagi bayaran zakat melalui potongan gaji.
jawapan ringkas yang selalul saya bagi ialah: hukum akad dalam bayaran zakat itu sunat. kalau ada masa boleh buat. zakatnya tetap sah walaupun tanpa akad. rukun dalam ibadat zakat adalah niat dan serah barang (harta)

Monday, August 24, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

alhamdulilah,
masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara ramadhan,
so, isikan ramadhan dengan dengan amal kebajikan.
semoga amalan kita diterima.

Monday, August 17, 2009

H1N1

apa itu H1N1?
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia. jangka hayat virus oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut. apa yg perlu tahu asal virus ini sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico. virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4 H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk. cara serangan virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi siapa yang berisiko
1 orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2 perempuan yg mengandung
3 orang yg ada astmatic
4 orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas
simptom2 day 1 rasa kurang sihat, tak bermaya day 2 selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam) day 3 rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas day 4 sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dngan segera...... . day 5 and above lung collapse @ koma langkah2 kawalan
1 golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10 vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.
ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'sia
di pan pasific klia pada 01.08.2009.

Wednesday, July 29, 2009

bayar fitrah dengan SMS

IsyaAllah jika tiada aral tahun ni pejabat zakat kedah akan melancarkan pembayaran zakat fitrah melalui sms. objektif utamanya ialah untuk menyediakan kemudahan kepada orang ramai.
antra negeri lain yang dah buat selangor dan melaka. so bonda yang baik ni boleh tiru la.
cuma kepada pembayar zakat melalui sms nanti jagalah adab. jgn kat toilet pon sms nak bayar zakat. kan kurang adab namanya tu. so apa pendapat anda.

Monday, July 27, 2009

H1N1 (selsema babi)

virus ni dah mula merebak sampai ke utara. tak ketinggalan UUM jugak terkena tempias H1N1.
takut tu takut jugak, tapi yang best nyer kuliah cancel. huuuu.
orang tua2 kat surau dok tanya pasai pa selesema babi depa tak kalut nak bunuh babi
macam selsema burung. dulu masa selsema burung habis ayam orang kampung depa bunuh.
mai selsema babi dep abuat dek jer. patut hapus semua babi kat malaysia ni. btoi tak

"depa kata babi takut kura-kura btoi ka?"

Friday, July 24, 2009

kuliah di UUM

semester ni ambik 3 subjek jer: stategic management, law ethic and priciple muamalat.
antara 3 subjek ni mestilah principle muamalat yang paling best. boleh refresh balik ilmu yang dipelajari dulu. yang lain tu semua ilmu baru merangka la sikit. tergeliat lidah cakap omputih.
"tolabul ilmi minal mahdi ila lahdi"

Monday, July 13, 2009

kembali ke UUM

last week dah start class kat uum.
suprise jugak jumpa fahmi.
pas ni lagi sibuk la

Wednesday, June 24, 2009

utusan : 23/06/2009 Rintihan ibu mangsa rompak

DALAM ruangan pojok Awang Selamat beberapa bulan lalu, ada disentuh tentang isu pendatang tanpa izin dan kesannya. Kini dengan era baru Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, besarlah harapan saya supaya keamanan dan ketenteraman yang pernah kita kecapi tidak akan tergugat.
Saya sendiri mengambil masa yang lama untuk mengatasi trauma kerana dirompak di rumah sendiri oleh empat perompak pada 20 Mac lalu pukul 3.30 pagi.
Apatah lagi saya mempunyai empat orang anak perempuan. Rumah saya hanya sebuah rumah di kampung. Kini saya takut untuk untuk meninggalkan anak perempuan saya seorang diri. Bayangkan anak saya yang baru lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa mengikut saya ke tempat kerja setiap hari.
Selain kehilangan barang kemas yang mempunyai sentimental value, telefon bimbit, wang dan komputer riba, saya tertanya-tanya di manakah tempat yang selamat jika di rumah pun saya dirompak.
Sekarang setiap pukul 3.30 pagi saya akan terjaga kerana ketika itulah kami sekeluarga diikat oleh para perompak.
Sepanjang masa mereka menggeledah, saya dan suami begitu risau dan takut. Risau dan takut bukan kerana harta atau barang berharga yang akan hilang tetapi risau dan bimbang kerana keselamatan empat orang anak gadis kami.
Saya memberanikan diri bersuara supaya anak-anak kami tidak diganggu (walaupun seorang anak gadis saya ditampar kerana sempat menendang perompak yang ingin mengikat kakinya).
Saya juga memberanikan diri meminta mereka tidak mengambil dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan dan pasport antarabangsa.
Perbualan saya dengan seorang jiran yang bekerja di sektor perbankan yang menziarahi saya selepas malapetaka ini, menimbulkan banyak pertanyaan. Begitu banyakkah wang pendatang Indonesia sehingga ada talian khas mereka di bank untuk mengirim wang ke Indonesia.
Malah menurut jiran, pekerja Indonesia akan menghantar wang dalam ribuan ringgit.
Mereka di sini bukan profesional, tetapi pekerja biasa, buruh, pembantu rumah dan bekerja di ladang. Ini amat berbeza dengan jururawat dari India yang bertugas di Malaysia. Setiap bulan mereka dapat mengirimkan wang sebanyak RM350 sahaja balik ke India.
Saya juga bersimpati dengan anggota polis. Mereka bertugas bertungkus-lumus. Bayangkan dalam tempoh 10 minit mereka telah pun sampai ke rumah saya. Dari gambar-gambar yang ditunjukkan untuk tujuan pengecaman, perompak-perompak ini pernah dipenjarakan dan dibebaskan.
Nyata penjara bukan institusi yang menakutkan mereka. Mereka juga profesional ketika merompak. Cara mereka mengawal mangsa, mengacu senjata tajam di leher saya serta menggeledah bilik-bilik jelas mereka sangat cekap.
Sehingga kini, ketika kami tidur, saya masih melihat anggota polis ronda masih lagi meronda di kawasan tempat kediaman kami.
Jika ada kutukan terhadap anggota polis ternyata orang yang membuat kutukan tidak bersyukur dan tidak merasai pahitnya pengalaman berjumpa perompak. Saya sendiri melihat bagaimana seorang anggota polis berlari sejauh dua kilometer bersama D9 (anjing pengesan polis) untuk menjejaki perompak.
Rumah saya telah diceroboh sebanyak enam kali. Tetapi kali ini saya begitu trauma kerana perompak berjaya lepas sehingga ke bilik tidur.
Harapan saya agar pihak tertinggi negara, khususnya kepimpinan Najib, berhati-hati dan berwaspada kepada setiap dasar yang dibuat, khususnya melibatkan kemasukan warga asing. Kesan dari dasar yang silap akhirnya kita berasa takut berada di negara sendiri.
Saya harus pura-pura berani di hadapan anak-anak selepas peristiwa ini. Ketakutan akan menjadikan anak-anak saya hilang semangat. Ke mana lagi kami hendak tinggal kerana inilah rumah kami, hasil dari keringat kami suami isteri serta pengorbanan dari segi wang ringgit dan masa.
Apakah ini harga yang perlu kami bayar atas nama pembangunan dan ke arah mencapai negara maju?
AMINAH AHMADSerkam Darat, Merlimau, Melaka

Sunday, June 7, 2009

esq. komen mufti perak

ESQ 165 tidak bercanggah dengan Islam
PUTRAJAYA - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, kursus ESQ Way 165 tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh diteruskan dalam usaha membentuk Modal Insan untuk pembangunan negara.: :Beliau yang turut menghadiri kursus berkenaan selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berkata, beliau mendapati tidak terdapat sebarang elemen yang diajarkan sepanjang kursus tersebut bercanggah dengan ajaran Islam. :“Saya berada di sini dan mengikuti setiap sesi. Saya mendapati apa yang diajarkan kepada peserta adalah sesuatu yang amat berfaedah untuk melahirkan insan yang dapat memberikan manfaat ke arah pembangunan negara. :“Saya akan berusaha menghadiri kursus ESQ di masa hadapan bagi mengikuti perkembangan dan isi yang disampaikan dari masa ke semasa. :“Sekiranya ada mana-mana modul yang bercanggah dengan ajaran atau nilai budaya kita, saya tidak akan ragu-ragu untuk menegur ESQ,” katanya kepada lebih 1,000 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta, termasuk persendirian. :The ESQ Way 165 yang mensinergikan kekuatan IQ (:Intelectual Quotient:), EQ (:Emotion Quotient:) dan SQ (:Spiritual Quotient:) bagi melahirkan manusia cemerlang yang memiliki kekuatan karakter dan membawa perubahan drastik yang positif diilhamkan oleh seorang ahli akademik dari Indonesia, Dr Ary Ginanjar. :Angka 165 dipilih bagi memberi makna iaitu, satu hati yang ihsan, enam (prinsip moral berdasarkan Rukun Iman) dan lima (langkah kejayaan berteraskan Rukun Islam). :Sementara itu, Director Jeneral Department Agama Republik Indonesia, Profesor Dr Nasaruddin yang turut hadir berkata, ESQ yang dijalankan di seluruh dunia adalah unsur bina insan yang meletakkan nilai murni keagamaan dan usaha pembentukan ummah di seluruh dunia. :“Apa yang saya ikuti sekian lama ESQ adalah diajar dengan menerapkan dan mengambil nilai-nilai murni Islam. Oleh itu ia wajar di sokong. Bagi saya adalah satu dosa sekiranya kita menghalang sesuatu yang baik untuk kepentingan ummah,” katanya. :Beliau yakin dengan tersebarnya idea-idea ESQ di Malaysia dan kini yang memiliki lebih daripada 30,000 alumni akan mewujudkan tenaga kerja yang cemerlang bukan sahaja untuk pembangunan negara tetapi kesejahteraan keseluruhannya.
div#listing a {color:#FF0000;text-decoration:none;}
div#listing a:hover {color:#FF0000;text-decoration:underline;}

esq

esq ni training pembangunan sumber manusia. macam kursus motivasi lain2. cuma pendekatan nya lebih kepada merasai. kalau betul2 feel boleh merasai rindu kepada rasul dan betapa dekatnya kita dengan Allah. training ni menggunakan sound system dan skrin layar macam tgk wayang. cuma yuranya agak mahal klu nak pi sendiri. rm 900 seorang. try click kat sini esq.com.my

Monday, June 1, 2009

esq training

alhamdulilah pada 29-31 mei yang lalu hamba ini telah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mengikuti trining anjuran esq. sememangnya telah lama saya menginginkan untuk mengikuti kursus ini, alhamdulilah akhirnya rezeki datang juga. pertama kali mendengar tentang esq ini dari sahabat kita indra. thanks indra. kursus yang sangat menarik dan amat berkesan pada diri ini. Isya Allah yang berpeluang mengikuti kursus ini jgn lepaskan peluang. insyaAllah rasailah nikmatnya. tahniah bapa ary dan bapak andy. semoga Allah memberkati usaha kalian.

Wednesday, May 27, 2009

MU camtakbest jer


sekalung tahniah kepada peminat MU.........OPPPP silap peminat BARCA atas kejayaan yang cemerlang. kepada peminat MU mungkin dah boleh beralih arah. cari team yang cambest sikit untuk diminati. what ever pun tahniah to both of team. congrat.

Monday, May 18, 2009

motivasi kerja

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena " Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yan luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." Jadi renungkan lah....
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik..adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan . kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat kita withdraw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yangkita pilih..Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya "Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

zakat padi 5%@7.5%@10%

salam....
telalu lama tak update blog ni.
terlalu sibuk agaknya.
baru ni cik aini my ex lecture mai pejabat buat kajian tentang kaedah pegiraan zakat padi
sama ada :
5% net @ gross
7.5% net @gros
10 % net @gros

Tuesday, February 24, 2009

gaza why gaza

salam.
lama betul tak masuk blog ni untuk update... sibukkk
alahmdulilah rezeki dapat jugak rejester wat master kat uum. alhamdulilah juga kerana dipertemukan seorang sahabat anak jati gaza. inilah yang dikatakan jodoh pertemuan ditangan tuhan. dapat juga saya mempunyai seorang sahabat dari gaza. dia sambung MBA kat uum.
antara yang ingin dikogsikan.
1. gaza city adalah bandar yang mempunyai kepadatan pendudukan yang paling tinggi didunia.
semua orang tau pasal ni. tapi yang orang tak ambil tau pasai apa ramai penduduk kat tempat yang selalu berperang ni. hari ini saya dapat jawapan dari ahmad sahabat saya dari gaza. walaupun depa ditawarkan wang dan jugak harta serta tempat tinggal dinegara lain, tapi depa tetap nak jugak dok kat gaza ni. jawapan yang saya dapat ialah... syahid... maksudnya peluang untuk syahid di zaga tu amat tinggi, so that why depa nak jugak dok situ walaupun sering berperang. saya pun terpikir kalau la orang kita dok situ camna... tgu ka cabut ka..........
pikir la sendiri.