Sunday, June 7, 2009

esq. komen mufti perak

ESQ 165 tidak bercanggah dengan Islam
PUTRAJAYA - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, kursus ESQ Way 165 tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh diteruskan dalam usaha membentuk Modal Insan untuk pembangunan negara.: :Beliau yang turut menghadiri kursus berkenaan selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berkata, beliau mendapati tidak terdapat sebarang elemen yang diajarkan sepanjang kursus tersebut bercanggah dengan ajaran Islam. :“Saya berada di sini dan mengikuti setiap sesi. Saya mendapati apa yang diajarkan kepada peserta adalah sesuatu yang amat berfaedah untuk melahirkan insan yang dapat memberikan manfaat ke arah pembangunan negara. :“Saya akan berusaha menghadiri kursus ESQ di masa hadapan bagi mengikuti perkembangan dan isi yang disampaikan dari masa ke semasa. :“Sekiranya ada mana-mana modul yang bercanggah dengan ajaran atau nilai budaya kita, saya tidak akan ragu-ragu untuk menegur ESQ,” katanya kepada lebih 1,000 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta, termasuk persendirian. :The ESQ Way 165 yang mensinergikan kekuatan IQ (:Intelectual Quotient:), EQ (:Emotion Quotient:) dan SQ (:Spiritual Quotient:) bagi melahirkan manusia cemerlang yang memiliki kekuatan karakter dan membawa perubahan drastik yang positif diilhamkan oleh seorang ahli akademik dari Indonesia, Dr Ary Ginanjar. :Angka 165 dipilih bagi memberi makna iaitu, satu hati yang ihsan, enam (prinsip moral berdasarkan Rukun Iman) dan lima (langkah kejayaan berteraskan Rukun Islam). :Sementara itu, Director Jeneral Department Agama Republik Indonesia, Profesor Dr Nasaruddin yang turut hadir berkata, ESQ yang dijalankan di seluruh dunia adalah unsur bina insan yang meletakkan nilai murni keagamaan dan usaha pembentukan ummah di seluruh dunia. :“Apa yang saya ikuti sekian lama ESQ adalah diajar dengan menerapkan dan mengambil nilai-nilai murni Islam. Oleh itu ia wajar di sokong. Bagi saya adalah satu dosa sekiranya kita menghalang sesuatu yang baik untuk kepentingan ummah,” katanya. :Beliau yakin dengan tersebarnya idea-idea ESQ di Malaysia dan kini yang memiliki lebih daripada 30,000 alumni akan mewujudkan tenaga kerja yang cemerlang bukan sahaja untuk pembangunan negara tetapi kesejahteraan keseluruhannya.
div#listing a {color:#FF0000;text-decoration:none;}
div#listing a:hover {color:#FF0000;text-decoration:underline;}

No comments: