Wednesday, June 24, 2009

utusan : 23/06/2009 Rintihan ibu mangsa rompak

DALAM ruangan pojok Awang Selamat beberapa bulan lalu, ada disentuh tentang isu pendatang tanpa izin dan kesannya. Kini dengan era baru Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, besarlah harapan saya supaya keamanan dan ketenteraman yang pernah kita kecapi tidak akan tergugat.
Saya sendiri mengambil masa yang lama untuk mengatasi trauma kerana dirompak di rumah sendiri oleh empat perompak pada 20 Mac lalu pukul 3.30 pagi.
Apatah lagi saya mempunyai empat orang anak perempuan. Rumah saya hanya sebuah rumah di kampung. Kini saya takut untuk untuk meninggalkan anak perempuan saya seorang diri. Bayangkan anak saya yang baru lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa mengikut saya ke tempat kerja setiap hari.
Selain kehilangan barang kemas yang mempunyai sentimental value, telefon bimbit, wang dan komputer riba, saya tertanya-tanya di manakah tempat yang selamat jika di rumah pun saya dirompak.
Sekarang setiap pukul 3.30 pagi saya akan terjaga kerana ketika itulah kami sekeluarga diikat oleh para perompak.
Sepanjang masa mereka menggeledah, saya dan suami begitu risau dan takut. Risau dan takut bukan kerana harta atau barang berharga yang akan hilang tetapi risau dan bimbang kerana keselamatan empat orang anak gadis kami.
Saya memberanikan diri bersuara supaya anak-anak kami tidak diganggu (walaupun seorang anak gadis saya ditampar kerana sempat menendang perompak yang ingin mengikat kakinya).
Saya juga memberanikan diri meminta mereka tidak mengambil dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan dan pasport antarabangsa.
Perbualan saya dengan seorang jiran yang bekerja di sektor perbankan yang menziarahi saya selepas malapetaka ini, menimbulkan banyak pertanyaan. Begitu banyakkah wang pendatang Indonesia sehingga ada talian khas mereka di bank untuk mengirim wang ke Indonesia.
Malah menurut jiran, pekerja Indonesia akan menghantar wang dalam ribuan ringgit.
Mereka di sini bukan profesional, tetapi pekerja biasa, buruh, pembantu rumah dan bekerja di ladang. Ini amat berbeza dengan jururawat dari India yang bertugas di Malaysia. Setiap bulan mereka dapat mengirimkan wang sebanyak RM350 sahaja balik ke India.
Saya juga bersimpati dengan anggota polis. Mereka bertugas bertungkus-lumus. Bayangkan dalam tempoh 10 minit mereka telah pun sampai ke rumah saya. Dari gambar-gambar yang ditunjukkan untuk tujuan pengecaman, perompak-perompak ini pernah dipenjarakan dan dibebaskan.
Nyata penjara bukan institusi yang menakutkan mereka. Mereka juga profesional ketika merompak. Cara mereka mengawal mangsa, mengacu senjata tajam di leher saya serta menggeledah bilik-bilik jelas mereka sangat cekap.
Sehingga kini, ketika kami tidur, saya masih melihat anggota polis ronda masih lagi meronda di kawasan tempat kediaman kami.
Jika ada kutukan terhadap anggota polis ternyata orang yang membuat kutukan tidak bersyukur dan tidak merasai pahitnya pengalaman berjumpa perompak. Saya sendiri melihat bagaimana seorang anggota polis berlari sejauh dua kilometer bersama D9 (anjing pengesan polis) untuk menjejaki perompak.
Rumah saya telah diceroboh sebanyak enam kali. Tetapi kali ini saya begitu trauma kerana perompak berjaya lepas sehingga ke bilik tidur.
Harapan saya agar pihak tertinggi negara, khususnya kepimpinan Najib, berhati-hati dan berwaspada kepada setiap dasar yang dibuat, khususnya melibatkan kemasukan warga asing. Kesan dari dasar yang silap akhirnya kita berasa takut berada di negara sendiri.
Saya harus pura-pura berani di hadapan anak-anak selepas peristiwa ini. Ketakutan akan menjadikan anak-anak saya hilang semangat. Ke mana lagi kami hendak tinggal kerana inilah rumah kami, hasil dari keringat kami suami isteri serta pengorbanan dari segi wang ringgit dan masa.
Apakah ini harga yang perlu kami bayar atas nama pembangunan dan ke arah mencapai negara maju?
AMINAH AHMADSerkam Darat, Merlimau, Melaka

Sunday, June 7, 2009

esq. komen mufti perak

ESQ 165 tidak bercanggah dengan Islam
PUTRAJAYA - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, kursus ESQ Way 165 tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh diteruskan dalam usaha membentuk Modal Insan untuk pembangunan negara.: :Beliau yang turut menghadiri kursus berkenaan selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berkata, beliau mendapati tidak terdapat sebarang elemen yang diajarkan sepanjang kursus tersebut bercanggah dengan ajaran Islam. :“Saya berada di sini dan mengikuti setiap sesi. Saya mendapati apa yang diajarkan kepada peserta adalah sesuatu yang amat berfaedah untuk melahirkan insan yang dapat memberikan manfaat ke arah pembangunan negara. :“Saya akan berusaha menghadiri kursus ESQ di masa hadapan bagi mengikuti perkembangan dan isi yang disampaikan dari masa ke semasa. :“Sekiranya ada mana-mana modul yang bercanggah dengan ajaran atau nilai budaya kita, saya tidak akan ragu-ragu untuk menegur ESQ,” katanya kepada lebih 1,000 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta, termasuk persendirian. :The ESQ Way 165 yang mensinergikan kekuatan IQ (:Intelectual Quotient:), EQ (:Emotion Quotient:) dan SQ (:Spiritual Quotient:) bagi melahirkan manusia cemerlang yang memiliki kekuatan karakter dan membawa perubahan drastik yang positif diilhamkan oleh seorang ahli akademik dari Indonesia, Dr Ary Ginanjar. :Angka 165 dipilih bagi memberi makna iaitu, satu hati yang ihsan, enam (prinsip moral berdasarkan Rukun Iman) dan lima (langkah kejayaan berteraskan Rukun Islam). :Sementara itu, Director Jeneral Department Agama Republik Indonesia, Profesor Dr Nasaruddin yang turut hadir berkata, ESQ yang dijalankan di seluruh dunia adalah unsur bina insan yang meletakkan nilai murni keagamaan dan usaha pembentukan ummah di seluruh dunia. :“Apa yang saya ikuti sekian lama ESQ adalah diajar dengan menerapkan dan mengambil nilai-nilai murni Islam. Oleh itu ia wajar di sokong. Bagi saya adalah satu dosa sekiranya kita menghalang sesuatu yang baik untuk kepentingan ummah,” katanya. :Beliau yakin dengan tersebarnya idea-idea ESQ di Malaysia dan kini yang memiliki lebih daripada 30,000 alumni akan mewujudkan tenaga kerja yang cemerlang bukan sahaja untuk pembangunan negara tetapi kesejahteraan keseluruhannya.
div#listing a {color:#FF0000;text-decoration:none;}
div#listing a:hover {color:#FF0000;text-decoration:underline;}

esq

esq ni training pembangunan sumber manusia. macam kursus motivasi lain2. cuma pendekatan nya lebih kepada merasai. kalau betul2 feel boleh merasai rindu kepada rasul dan betapa dekatnya kita dengan Allah. training ni menggunakan sound system dan skrin layar macam tgk wayang. cuma yuranya agak mahal klu nak pi sendiri. rm 900 seorang. try click kat sini esq.com.my

Monday, June 1, 2009

esq training

alhamdulilah pada 29-31 mei yang lalu hamba ini telah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mengikuti trining anjuran esq. sememangnya telah lama saya menginginkan untuk mengikuti kursus ini, alhamdulilah akhirnya rezeki datang juga. pertama kali mendengar tentang esq ini dari sahabat kita indra. thanks indra. kursus yang sangat menarik dan amat berkesan pada diri ini. Isya Allah yang berpeluang mengikuti kursus ini jgn lepaskan peluang. insyaAllah rasailah nikmatnya. tahniah bapa ary dan bapak andy. semoga Allah memberkati usaha kalian.